Jumaat, 6 Mei 2011

apabila seorang pelajar

hari ni aku mencari berita tentang pengajar aku di ITNM dulu yang aku rasa menjadi punca kebangkitan semangat patriotisma aku. tapi tadi, aku terbaca satu berita yang menuduhnya menjadi penyebar fahaman pembangkang dan membelakangi kerajaan. aku pernah berada dalam kelas beliau dan aku dapati dia banyak mendedahkan kebenaran dan membuka mata kami yang berada dalam kelas. sayang, masa tu aku tak sempat mengabadikan kenangan bergambar bersama beliau. dua minggu di sana dan seminggu lebih dalam kelas beliau menjadikan aku seorang pecinta bahasa dan aku tidak mendapati sesuatu yang salah dalam kelas beliau. kata penulis tersebut, sepatutnya pengajar ini menyalurkan fahaman politik beliau mengikut saluran yang betul, tapi adakah cubaan membangkitkan rasa cintakan negara dan bahasa menjadi satu kesalahan? aku tak mahu sebelahi sesiapa dalam hal ini kerana mungkin juga pengajar tersebut juga telah berubah tapi sepanjang dua minggu yang mana sebahagian besar kelas adalah bersama beliau, tiada satu pun ilmu daripada silibus yang tidak di ajar bahkan semakin memantapkan lagi keyakinan dan keupayaan kami untuk berbahasa Melayu dan terus mengagungkan bahasa. mungkin kerana kelas kami adalah kelas sepenuh masa yang ditanggung diri sendiri dan bukan dihantar agensi atau jabatan menyebabkan kami menghayati pembelajaran itu dengan sepenuh hati bukan sambil lewa dan sempat pula mencari salah dan silap pengajar.

Isnin, 2 Mei 2011

ceritera bahasa


minggu lepas, aku dan suami ke badan. lama dah tak ke sana. belek-belek buku kat situ, terjumpa satu buku ni tajuk dia ceritera bahasa. jenguk sikit isi dia, berkenan dan aku pun belila. harga pun murah. janji aku dapat baiki bahasa aku. tidakla tidak pandai berbahasa cuma nak sangat membanyakkan perbendaharaan bahasa sendiri. tertarik dengan satu kisah dalam buku tu yang bertajuk lebih kurang macam ni la (lupa pulak aku) "matikah pesakit kalau Doktor bercakap Bahasa Melayu?" Aku suka sangat dengan topik tu sebabnya sekarang ni aku lihat terlalu ramai yang taksub dengan bahasa inggeris walaupun aku tidak menafikan akan kepentingannya. Cuma bagi aku, boleh berbahasa inggeris pada keadaan-keadaan yang memerlukan tapi kekalkan bahasa melayu bagi semua keadaan agar jatidiri kita tidak hilang. bila jatidiri masih kukuh, semangat cintakan negara juga akan makin kuat kerana bahasa menunjukkan bangsa.

Rabu, 26 Januari 2011

setahun hilang

hmm...ingatkan dah hilang dah blog ni. rupanya masih boleh dibuka. almaklumlah...setahun juga terlupakan blog ni...tula..sebabnya, masa aku wujudkan blog ni aku memang kurang pandai berkata-kata (tak pandai mereka cerita), jadi, asyik ambil tulisan orang dan post kat sini. nak jadi cerita, adala si adik ni tegur....kenapala tak suka tulis sendiri?? hehe..termalu, sampai terlupa terus. tapi, sebab masih wujud blog ni, aku cuba-cubala buka tadi. tengok-tengok boleh pula buka.

sempena tahun baru ni banyak sangat plan yang nak buat. macam-macam. rasa macam tak terkejar. cuma rasanya yang paling nak buat adalah berHIJRAH. benda ni nak buat dah lama tapi...sebab masih wujudnya perkataan TAPI TAPI TAPI nila yang jadikan segalanya lambat dan lembap. akulah yang lambat dan lembap tu. dan kot tak nak jadi macam dalam buku Oi! Bangunlah Oi! tu kan? Semoga Allah membantu dan memlancarkan HIJRAHku kali ini. Amin....doakan sama ya.

Sabtu, 23 Mei 2009

Kesilapan

Membaca artikel saifulislam 'saya tidak suka buku ustaz...'..menyebabkan saya teringatkan komen saya bagi satu buku yang saya tidak suka dan menyesal membelinya. Saya menyesal membeli buku itu bukan kerana ianya tidak berinformasi tetapi dengan tajuknya yang sedemikian, saya mengharapkan agar isinya adalah amalan-amalan yang boleh dilakukan seorang isteri agar dapat menjadi seperti Khadijah yang berjaya membuatkan Rasulullah S.A.W bersedih diatas kematiannya dan menjadi kecemburuan Aishah r.a.

Namun, selepas melewati hingga tengah buku, saya dapati, sumber-sumber rujukan adalah banyak dari buku-buku tulisan Barat. Itu yang menjadikan saya kecewa. Ditambah lagi, hadis-hadis yang dipetik tak jelas matan dan perawinya (correct me if i'm wrong). Saya rasa sangat geram apatah lagi, muka pertama atau bab pertama yang dipaparkan adalah mengenai kisah seorang suami Jepun (atau mana saya tak pasti sebab dah terlupa kerana sudah memberi buku kepada orang lain) yang mewar-warkan cintanya di dada akhbar setelah berpuluh tahun mendirikan rumahtangga kepada isterinya. Seandainya tajuk buku itu ditukarkan kepada tips kebahagiaan rumahtangga atau tip-tip berumahtangga itu ok, saya mungkin boleh terima. Tapi, dengan tajuk "Bagaikan Khadijah disisi Rasulullah", saya tak mengharapkan adanya bab mengenai perlunya jeriji besi dirumah dan sebagainya...saya harap, pihak penerbit yang menerbitkan buku lebih prihatin dengan hubungkait isi dan tajuk buku.

itu sahaja yang dapat saya luahkan disini.

Selasa, 28 April 2009

Buku lagi


Miang-Miang Lelaki (sepatutnya berisi)
Penulis : Hamdy
Harga : RM16.00

Sabtu lalu, aku dan suami menghabiskan masa melepak di kedai buku. Dari satu bahagian ke satu bahagian kami pergi. akhirnya sampaila,kami pada satu buku ni..(buku kat sebelah. tengok tajuk macam kelakar pulak, macam gatal pun ada, bila baca, hmm....bagus isinya. buku ni, kalau yang bawah 40 pun patut beli sebab memang menyentuh tentang diri kita dan apa kata hati isteri, tanggungjawab suami, dan panduan untuk kita dalam mengawal aliran duit. hee.... paling bagusnya buku ni sbb lepas baca buku ni, memang bertambah romantik kami berdua. Alhamdulillah....

Sabtu, 25 April 2009

Bagaikan........



sukanya masa mula membeli buku ni, selak sikit2 ja, pastu terus bayar. bila dah baca, hampa rasanya dengan isi buku ni. Rasa macam tak sesuai dengan tajuk kulit. masa tu, geram sangat. terus mesej member bg ja buku ni pd dia.



sangat2 kecewa bila teringatkan buku ni. tak pernah lagi menyesal membeli buku, apatah lagi buku2 panduan untuk menjadi isteri solehah. nak jadi seperti Khadijah la konon nya. hmmm...salah sendiri jugakla sebab tgk kulit, selak sana sini sikit2, sangka baik dengan penulis dan tengok harga yang murah sedikit berbanding yang lain.



persepsi aku mungkin berbeza dari entry seorang pembaca yang suka dengan buku ni. sebabnya, isi buku ini tak sesuai dengan tajuk. itu sahajalah yang nak di komen.

Khamis, 26 Februari 2009

SEBELUM DIBIUS CINTA

Lately ni tak tahu kenapa asyik terpikir tentang cinta. Menyorot zaman2 perkenalan yang mebawa kepada ikatan pertunangan dan perkahwinan. Indah lagi bila dah kahwin. Betullah kata seorang ustaz (kalau tak silap Ustaz Zawawi) dalam satu ceramah,

KAHWIN itu kongsi hidup waktu yang nikmat (kaf ha wau ya nun).

seperti biasa setiap kali timbul satu isu (walaupun takla besar) dalam fikiran tentang satu2 perkara tu, buka ja laman web abu saif (www.saifulislam.com) mesti ada entri tentang perkara tu. hee...satu kebetulan.

INILA ENTRI DARI ABUSAIF TU.........

“Bodoh punya batu, kenapa kau langgar kekasih aku?” marah seorang lelaki kepada seketul batu yang ‘melanggar’ buah hatinya.

“Oh abang, biar pun baju abang masam, masam itulah masam-masam manis jiwaku!” kata seorang ‘gelifriend’ kepada ‘buayafriend’ beliau.

Dialog di atas adalah ayat-ayat cinta yang biasa. Biar pun bunyinya sangat luar biasa kepada manusia biasa, ia amat biasa dan perlu bagi dua belangkas yang sedang mabuk cinta. Sama ada cinta di antara dua pasangan yang belum bernikah, atau yang pengantin baru yang sedang menikmati bulan-bulan madu mereka.

BIUS CINTA

Memang cinta itu luar biasa. Cinta bukan sahaja buta, malah boleh membutakan lagi melumpuhkan mereka yang terkena panahannya.

“Aku dibius cinta!” kata Melly Goeslow.

Kemabukan cinta ini menyulitkan kita untuk merasionalkan perbincangan. Perbahasan-perbahasan tentang do’s and don’ts yang dikemukakan untuk keelokkan jangka panjang cintanya, ditepis sambil pandangan melirik sebelah mata sahaja.


Namun, saya ingin mengajak pasangan yang sedang mabuk cinta, belangkas yang sedang bertelinga tuli dari nasihat-nasihat di sekitar mereka, supaya duduk sejenak dan berusaha untuk menjawab soalan-soalan realiti yang saya senaraikan di bawah nanti, sesuai untuk meneroka kembara mawaddah dalam sebuah rumahtangga yang kekal hingga ke hujung nyawa.

Firman Allah SWT:

30_21

“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan dan rahmat-Nya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu, isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikannya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang (mawaddah) dan belas kasihan (rahmah). Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir” [al-Rum 30: 21]

Sesungguhnya mawaddah itu adalah cinta yang tumbuh, terbina dan bertambah dari semasa ke semasa di sepanjang bahtera perkahwinan dilayari. Cinta yang terbit dari satu demi satu kejayaan suami dan isteri menempuh kesukaran, kesulitan dan cabaran hubungan perkahwinan mereka.

Agar bulan madu itu bulannya menjadi tahun yang berpanjangan, dan madu tidak menjadi racun, saya mengajak setiap pasangan yang masih ’sedar’ sebelum dibius cinta, agar menjawab soalan-soalan berikut dengan jujur dan telus. Jangan tergesa-gesa menjawabnya, fikirkan satu persatu, sehari demi sehari, sebelum menabur janji menyulam kata, sebelum janji dimeterai, sebelum ikatan disahkan agama:

SOALAN PEREMPUAN KEPADA PASANGANNYA:


  1. Syukur Alhamdulillah, aku disahkan mengandung. Tetapi alahanku menyebabkan aku tidak mampu mencium baumu sayang. Mendekatimu sahaja sudah cukup mengundang loya. Entahlah berapa lama, mungkin sebulan dua, mungkin empat bulan atau lima. Ada kemungkinan bukan sahaja untuk kandungan kali pertama, malah yang depan-depan juga. Sabarkah engkau dengan kerenahku? Masihkah aku ini cintamu di kala itu?
  2. Semasa mengandung, aku tidak lalu makan, mulutku asyik mengeluh sakit sini dan sakit sana. Tidur sering tidak lena, aku yang ceria berubah menjadi pemarah dan sering berduka. Bukan aku sengaja tetapi segala yang kurasa di setiap inci tubuhku, menimbulkan resah dan tidak selesa. Sabarkah engkau dengan kelemahanku ini?
  3. Semasa mengandung, upayaku untuk melayan keperluan batinmu tidak seperti biasa. Aku lemah, sering juga hambar tiada penariknya. Sehebat-hebat mujahadahku, diri ini amat terbatas dalam upaya berperanan sebagai isterimu. Masihkah aku buah hatimu?
  4. Semasa kita mula berumahtangga, pasti hidup kita indah bagai di Syurga. Tambah pula dengan kurniaan cahaya mata pertama. Namun ketika cahaya mata bertambah bilang, kerjaya kita semakin berkembang. Pendapatan bertambah, tanggungan dan beban juga bertambah. Dalam suasana yang banyak tekanan di rumahtangga kita, apakah engkau masih mampu ceria? Sabar dengan kerenah anak-anak dan ibu mereka, terus tersenyum menawarkan bahagia?
  5. Selepas beberapa tahun berumahtangga, aku belum merahimkan cahaya mata impian kita, saudara mara dan teman memperlimu dan menuduh engkau bukan seorang jantan. Sedangkan aku punca sepimu tanpa zuriat. Di kala engkau diasak keluarga dan teman, masihkah aku ada tempat di lubuk cintamu?
  6. Andai selepas beberapa tahun berumahtangga, aku diputuskan pemeriksaan perubatan bahawa diri ini mandul dan tidak mampu merahimkan cahaya mata impian kita, apakah aku masih kekasih hatimu?
  7. Jika aku ditakdirkan Allah diuji dengan barah payu dara, terpaksa mengorbankan salah satu atau keduanya, kimoterapi meluruhkan rambutku yang pernah menjadi pujianmu, tubuh lemahku menumpang kasih dalam pelukanmu, berak kencingku di dalam kain batik yang pernah kauhadiahkan kepadaku, masihkah engkau mencintaiku?

SOALAN LELAKI KEPADA PASANGANNYA:

  1. Keceriaanku mungkin pudar oleh tekanan kerja dan kehidupan. Aku cenderung untuk diam dan senyumanku mungkin kurang manis dan indahnya. Diri ini yang pada masa ini suka bergurau senda, ketika itu pulang dengan kerut dahi, kurang sense of humor, dan hanya bercakap benda-benda besar yang serius. Sabarkah engkau dengan perubahanku itu nanti? Kuatkah cintamu kepadaku?
  2. Tekanan hidup mungkin menyebabkan perananku sebagai suami kepadamu terjejas. Upayaku untuk memberi nafkah batin kepadamu terganggu dan untuk menyuarakannya kepadamu aku terasa malu. Masalah mati pucuk yang sering menimpa lelaki yang tertekan dengan pekerjaan dan kehidupan menggugat kepuasan dirimu sebagai isteriku. Sabarkah engkau dengan keadaan itu, dan apa rancanganmu untuk kita menempuh saat-saat itu? Terjejaskah cinta kita di hatimu?
  3. Andai kerjayaku dirempuh badai dan surut seketika, kewanganku dan keluarga kita jauh dari mencapai sempurna keperluan. Keluarga dan teman mencemuhmu kerana ‘menanggung’ aku sebagai seorang suami yang dilabel dayus. Aku akan berusaha agar ia hanya seketika, namun sabarkah engkau menempuhnya? Masihkah aku kekasih hatimu?
  4. Aku menjadi seorang lelaki yang menjemukan. Aku mengharapkan dirimu sebagai insan yang akan membantu menceriakan aku, namun sabarkah engkau dengan diriku dan mampukah cinta kita di hatimu terus membenih bahagia?
  5. Jika kerjayaku berkembang di luar jangkaan kita, engkau terpaksa berkongsi diriku dengan massa, dan aku terpaksa selalu ke sini sana untuk bekerja. sabarkah engkau dengan suasana itu, dan aku masih cinta hatimu?
  6. Jika aku disahkan doktor tidak mampu memberikan kita zuriat, rumahtangga kita sunyi tanpa cahaya mata, apakah engkau masih sudi menemaniku dalam bahtera rumahtangga kita?
  7. Sekiranya rumahtangga kita teruji apabila aku ditimpa kemalangan atau stroke yang melumpuhkan pergerakan fizikal serta upayaku sebagai suami, kencing berakku yang bertubuh berat ini di dalam kain pelekat yang pernah kauhadiahkan kepadaku, apakah ia menggugat cinta kita dan mampukah engkau terus hidup di sisiku yang hanya suamimu dengan status suami tanpa mampu melaksanakan banyak tanggungjawabku sebagai suami?

Seorang suami dan seorang isteri, akan berusaha dan berdoa agar tidak teruji dengan situasi sedemikan rupa. Memohon kepada Allah agar tidak dibebankan dengan ujian yang di luar upaya diri.

2_286

“…Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya” [al-Baqarah 2: 286]

Namun, menyedari bahawa kehidupan berumahtangga itu adalah lanjutan peringkat kehidupan, bukan melangkah ke mimpi yang jauh dari realiti alam nyata, pastikan langkah kaki tidak bermula, sebelum telah jelas gambaran akhir di minda.

Sesungguhnya saya senaraikan 14 soalan, separuh untuk bakal suami dan separuh untuk bakal isteri, bukanlah soalan yang direka-reka tanpa asas. Mengendalikan sesi perkongsian di antara teman-teman dan peserta program, bertukar-tukar pandangan serta nasihat dari golongan yang lebih berusia, mengumpulkan hal-hal ini untuk direnung oleh kita semua.

Ketika dibius cinta, kita menafikan segalanya. Bahawa cinta dan rumahtangga kita indah semuanya. Tidak akan diuji sedemikian rupa. Sebagaimana semasa melihat kematian, kita sering melihat kematian itu kematian orang lain, tanpa pernah meletakkan diri di ketentuan itu. Biar pun mati itu pasti, kita yakin ia bukan giliran kita. Masih punya masa, masih punya ketika.

Tidak membuat persediaan, itulah kematian sebelum mati.

Membiarkan diri dibius cinta, itulah racun pemusnah cinta, apabila cinta realiti, diterbangkan ke langit impian, hingga kaki tak jejak bumi, tangan gagal menggapai awan.

Sebelum anda dibius cinta… soallah diri sejauh mana anda bersedia?